Mirshiran Sister

Khamis, 3 November 2011


Boleh aku katakan dah lama aku tak jumpa dengan sahabat2 aku.. Aku rindukan suasana gelak riang bersama sahabat2 aku dulu.. Tak seperti aku sekarang yang hanya hipokrit bersama kawan2 aku..  Seperti aku menampal muka dengan topeng joker lalu berjenaka bersama mereka.. Padahal dalamannya aku cukup kecewa dengan sikap segelintir mereka..
Kenapa kejap kawan kejap sahabat nie? Rujuk pada entry sahabat dan kawan nie.. Aku ada pandangan sendiri terhadap sahabat dan kawan.. Dan kenapa pulak menteil tiba2 emosi?
Ntahla… Baru2 nie aku sangat kecewa dengan perangai kawan aku sendiri.. Aku ditipu secara senyap dengan menggunakan kelemahan dia.. Kenapa sanggup memburukkan orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri? Kenapa sanggup melempar fitnah untuk menutup aib diri sendiri?
Suka la dia sebab dia tau perangai buruk aku yang suka melenting tanpa usul periksa.. Usaha dia berhasil bila aku bertengkar dengan sahabat baik aku sendiri.. Kesalnya aku bila aku dapat tau perkara sebenar.. Wah!! Aku tak sangka di kelompok hubungan aku sekarang punya mulut yang sangat bacul macam dia!!
Sudahlah!! Aku sebenarnya tak boleh lari dari hubungan dengan manusia.. Maka aku perlu mengikut arus perhubungan yang kian luas setiap hari.. Aku perlu belajar bersabar dengan kerenah2 yang kadang kala sangat menyakitkan hati..
Aku sangat menghargai hubungan yang baru atau sedang tercipta.. Tapi aku tak tau nak membenci pada yang tak menghargai seperti dia.. Kelemahan aku yang seringkali disalah guna orang lain… Tak ape lah…
Maafkan aku sahabat….

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama